jodoh pertemuan yang mana satu jadi pilihan

February 4th, 2009 by syaz-adiakmal

 ”aku tak jumpa la orang yang sesuai dengan aku..” keluh seorang sahabat…

“Camne ye, aku tak jumpa r yang betul-betul baik kat sini, dengan kata lain, tak berkenan kat hati aku…” keluh seorang lagi..

Saban hari, pasti ada di antara kita yang mendengar keluhan-keluhan sebegini menari-nari di telinga kita. Seorang pemuda berusaha mencari ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan seorang teman hidup, tetapi disebabkan terlebih mencari, sehingga lupa tentang persiapan diri. Seorang pemudi pula mengharapkan seseorang yang sudi menjadi teman dikala sepi, penyempurna iman pada diri, dengan itu juga mencari, tercari-cari sehingga lupa bahawa diri masih tiada persiapan lagi. Akibatnya, keluhan sahaja yang saban hari menyusul dan menyusul.

Kekecewaan dalam mencari menyebakan ada yang sanggup buang jati diri, yang selama ini menjadi benteng dan juga maruah diri. Terus diambil yang mana dirasa boleh mengisi kekosongan hati. Tanpa usul periksa agama empunya diri. Hanyut, hanyut bersama dunia sendiri. Hanyut dengan perasaan dan hati. Sehingga sudah tidak boleh memikirkan realiti dan mimpi.

Mengapa Menjadi Lebih Baik dari Mencari ?

Mungkin aku bukanlah yang paling layak untuk bercerita tentang bab ini, tetapi apa yang telah dilalui sedikit sebanyak boleh sama-sama dikongsi untuk kebaikan bersama. Seorang lelaki , pemuda khususnya, tanyalah sesiapa yang digelar pemuda, jika ditanya tentang jodoh, pasti mereka akan menjawab mahukan isteri yang solehah, yang tahu jaga diri, yang pandai jaga hati mereka, yang cantik akhlak, yang tahu agama agar boleh bimbing mereka jika tersalah langkah. Aku tidak katakan semua yang mahukan semua pemuda mahukan ciri-ciri ini, tetapi majoriti, jika ditanya jauh di sudut hati pasti akan terbit jawapan-jawapan ini.

Memang susah untuk mencari golongan-golongan yang begini, calon-calon yang kita impikan. Tetapi jika sifat-sifat yang diimpikan pada pasangan itu kita terapkan pada diri, Mahukan yang solehah, berusaha menjadi soleh, mahukan yang pandai menjaga hati kita, kita berusaha menjaga hati orang-orang disekeliling kita, bila kita betul-betul berusaha ke arah kebaikan, pasti tidak susah dalam menemukan orang yang dicari. Banyak terjadi apabila ada pemuda sudah berjumpa dengan pilihan hati, yang ada ciri-ciri, tetapi ditolak mentah-mentah kerana sifat diri yang tidak disukai, sifat suka menyakiti hati orang-orang terdekat menyebabkan sifat itu menjadi buah mulut orang , dan meneybabkan orang tawar hati untuk mendampingi seseorang, walaupun dia ada harta, ada muka, ada keturunan, tapi bila akhlak tiada, runtuh sebuah harga.

Sebutlah buah durian, pasti ramai yang tahu kesedapannya dan keenakannya. Dengan kesusahan untuk mendapatkan isinya, sudahlah buahnya tinggi di atas pokok, bila sudah jatuh, terpaksa pula menghadapi duri-durinya sampaikan ada yang terluka jika tidak tahu membuka isinya. Dari luar dilihat sangat hebat, tetapi bila sudah dibuka isinya , sudah busuk , pasti akan ditinggalkan begitu sahaja. Begitulah perumpaan bagi pemuda yang hebat,yang punya harta , muka, keturunan, tetapi jika akhlak tiada, pasti tiada siapa yang suka. Maka akan ditolak mentah-mentah segala yang datang darinya.

Bagaimana menjadi?

“Wan, aku kecewa la dengan muslimat ni, aku tak jumpa yang berkenan, ada tu, nampak baik tapi mulut laser, ade tu pulak macam menjaga bila depan kita, tapi last-last tau perangai dia, langsung tawar..”

“Ade je yang betul-betul baik. Cuma mungkin yang kau nampak yang ni je, sebab tu tak jumpa. Ramai muslimat kat atas muka bumi ni, kalau tak kat sini kat tempat lain. Usahakan menjadi, dalam menjadi ni, dua syarat utama yang insyaallah, boleh membantu. Petama, tundukkan pandangan ko, kurangkan mata tu melilau-lilau dengan wanita, nampak aurat orang, usaha palingkan, kernaa bila kita jaga pandangan mata ni, hati kita akan terjaga, bila hati terjaga dan bersih, masa tu kau boleh bezakan akan hak dan batil. Kedua, banyakkan puasa. Bila datang je ‘perasaan’ tu, puasalah, insyaallah, ia sedikit sebanyak membantu. Kerana ini pesan Nabi, bila Nabi pesan, banyak terkandung barakah dia. Dan bila makan tu, jangan selalu penuh atau berlebih-lebihan. Jaga makanan yang masuk perut tu. Dua ni cuba amalkan, dan yang lain-lain akan menyusul kemudian.”

Insyaallah, bila dua benda ni terjaga, kita akan dapat rasa nikmatnya ibadah tu. Untuk apa nak dapat nikmah beribadah ?

bila kita dah rasa nikmat ibadah, maka hati kita akan merasa sendiri cinta Tuhan itu tidak bertepi. Dan perasaan yakin akan datang pada kita, bahawa kita ni adalah milik Tuhan, jika kita berusaha mencintai Tuhan , maka Dia sendiri akan memberi orang yang juga mencintaiNYA kepada kita.Dan orang yang mencintai Tuhan, mendahulukan Tuhan dalam segala hal, adalah orang yang bertanggungjawab dalam hal dunia dan akhirat, dan yang pasti merupakan orang yang baik, soleh ,solehah dan muslih(menjadikan orang lain turut soleh). Itu suatu janji yang pasti.

Apa Kesudahannya?

Kerana apa kita bersusah-susah dahulu itu semua ini?..Kerana inilah janji Tuhan, “sesungguhnya setiap kesusahan pasti akan disusuli dengan kesenangan. Sesungguh-sungguhnya (Demi) setiap kesusahan pasti ada kesenangan”… Bila kita berusaha menjadi, dan sudah sampai masa untuk diri melangkah setapak dalam mencari redha Ilahi, disitu kita akan melihat rahmat disebalik kesemua kessusahan ini. Dengan bermula dengan mudahnya penerimaan orang yang dipinang, kemesraan ibu bapa sebelah sana, dan yang terpenting , mahar dan hantaran yang tidak membebankan , hanya cukup sebagai syarat sahaja. Ketika melihat hantaran inilah, jika kita melihat orang yang tidak menjaga diri sebelum itu, pasti pening apabila melihat harga hantaran yang terlalu menyiksa diri. Dimanakah mahu dicari duit sebanyak itu?..Jika tiada, maksudnya melepas si dia, sehinnga dia melihat bahawa perkahwinan itu umpama membeli si gadis dari keluarganya. Keresahan inilah yang sering membelenggu remaja-remaja.

Tetapi jika melihat kepada orang-orang yang menjaga diri mereka, dalam segala hal, perkahwinan mereka cukup lancar, mahar yang tidak terlalu rendah , dan hantaran yang tidak menyesakkan dada.Betul-betul dilihat bahawa perkahwinan penyempurna iman. Alhasil kita melihat, keluarga yang dibina, betul-betul boleh dilihat hasil ketenangan, kedamaian kerana keturunan yang dihasilkan betul-betul bermanfaat bukan sahaja untuk keluarga tetapi masyarakat juga sejuk dan gembira dengan kehadiran mereka. Kejayaan dalam keluarga inilah yang menjadi penentu di mana akhir kehidupan kita.

   yakinlah pada janji ALLAH;24:26

bila dikhianati oleh orang rapat dengan kita

January 23rd, 2009 by syaz-adiakmal

apabila menulis blog ni hati ini terasa amat pedih dan sakit bila mengenangkan perkara yang telah berlaku…namun apa yang dapaat diri ini lakukan utk mengubati luka itu…mengapa perkara itu harus terjadi pada diri ini?…namun bl direnungkan mgkin ini adalah ujian dari ALLAH utk menguji kesabaran hambaNYA..

betapa sakit rasanya bila orang yang rapat dgn kita telah mengkhianati diri ini…mengapa mereka sanggup bt begitu pada diri ini?mengapa…ya ALLAH, tidak ku sangka orang yang aku telah aggap sebagai adik dan juga seorang sahabat telah melukai hatiku ini…

mengapa perlu menyembunyikan perkara itu…andai adik dan       “abg “telah menjadi seorang kekasih mengapa perlu sembunyikan perkara itu..mengapa perlu gunakan diri ini sebagai cara utk kamu melindungi hubungan itu…ya ALLAH bukan niat diri ini utk mendoakan yang tidak baik utk mereka tp sanggup mereka bina kebahgiaan atas kesedihan orang lain…sanggup kah seorang adik melihat hati kakaknya dilukai oleh perbuatan adik sendiri..

adik,

kakak sayangkan adik mcm adik akak sendiri..tp mengapa adik sanggup lukakan hati kakak..mengapa adik…andai adik memang menyayangi dia lebih dari seorang abg mengapa adik tidak memberitahu kakak tentang itu..mengapa adik tidak memberitahu kakak yang adik telah mempunyai hubungan dgn dia…

sahabat,

bukan niat utk memburukkan dirimu…dan bukan sebab diri ini cemburu dgn hubunganmu namun diri ini tidak menyangka apa yang berlaku…mengapa harus menipu diri ini…mengapa kamu tidak berterus terang dgn diri ini bahawa kamu menyukai dia..dulu aku pernah tny kamu namun kenapa kamu menafikannya…kenapa kamu sanngup gunakan diri ini sebagai tempat utk kamu bersama…

bukan diri ini cemburu dgn hubungan kamu tp aku kecewa kerana kamu merahsiakan daripadaku dan kamu bt diri terasa dikhianati sedangkan dirimu tahu diri ini rapat dengannya..mengapa perlu jadi begini…

ya ALLAH, sesungguhnya aku bersyukur kerana engkau telah memberi aku peluang melihat sendiri apa yang berlaku..mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku…sekiranya aku tidak melihat tempoh hari mungkin aku masih tidak sedar apa yang telah berlaku…

sesungguhnya aku tidak menyangka orang yang selama ini ku anggap sangat baik telah bt perkara yang agak mengejutkan…orang yang selama ini semua orang respect telah bt satu perkara yang aku sendiri tidak menyangka…

ya ALLAH,bnarlah walau sekuat mana seorang lelaki itu namun dia rebah kerana wanita…

ya ALLAH, semoga mereka akan sedar apa yang mereka telah lakukan…ku mohon diberikan kekuatan utk ku hadapi dugaan ini…

aku harus menghadapinya walaupun pahit dan sakit…hanya satu yang ku pinta moga ditemukan dengan seseorang yang benar memahami dan menyayangi diri ini…andai tidak ada cinta lelaki utk ku cukuplah cintaMU sentiasa dekat dgn diri ini…

Ya ALLAH, tabahkan hatiku dan teguhkan imanku agar aku tidak akan mudah lemah dalam menghadapi ujian ini….

sesungguhnya diri ini terasa sakit yang teramat kerana telah dikhianati oleh orang yang paling rapat namun hidup perlu diteruskan..semoga diri ini mampu terus berdiri dan hadapi dgn tabah..akan ku jadikan perkara yang berlaku sebagai pengajaran agar tidak mudah mempercayai seseorang…

kembali kepada CINTA yang hakiki…

June 22nd, 2008 by syaz-adiakmal

tidak pernah kuduga diri ini akak jatuh cinta pada seseorang begitu rupa…bukan dulu ku tk pernah bercinta,namun ku sendiri tidak mengerti perasaan ku pada dirinya…perasaan yg ku sendiri tidak mengerti mengapa diri ini boleh jatuh cinta padanya…sesungguhnya takdir pertemuan itu telah ALLAH tentukan dan setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya yg baik dan indah…

tidak kusangka pertemuan dan persahabatan dengan dirinya telah membuat diri ini menjadi lebih tabah…Ya ALLAH,sesungguhnya aku bersyukur kepadaMU kerana telah mempertemukan aku dgn seseorang yang telah membuatkan aku lebih dkt padaMU walaupun dirinya tidak pernah tahu apa yang aku rasa…dan aku juga bersyukur dgn nikmah hidayahMU yang sgt bernilai…

sesungguhnya dalam setiap dugaan dan cabaran itu ada hikmah yang tersembunyi..tidak kuduga dengan dugaan dalam mencari cinta itu,telah membuatkan aku tersedar bahawa yang perlu dan utama ialah CINTA yang hakiki..Ya ALLAH,syukur dan sujudku kepadaMU kerana telah menyedarkan aku..kini aku telah mengerti dan menemui CINTA itu…CINTA yang memberi ketenangan yang tidak kuduga…benarlah apa yang dikata,andai mencintai seseorang kerana ALLAH pasti cinta itu mendekatkan kita padaNYA…dan cinta itu pasti tidak sia2 walaupun mungkin cinta itu tk terbalas tetapi kita dapat CINTA yang abadi…walaupun cinta ku ini tidak terbalas namun ku tetap yakin pada CINTA ALLAH yang tidak pernah hilang dan sentiasa ada bersama hamba2NYA selagi kita memohon kepadaNYA…

dulu pernah diri ini ingin berputus asa utk terus mengharap pada cinta dari dia namun,apabila diri kembali kepadaNYA,barula kusedari bahawa ALLAH sentiasa bersama org2 yang sabar dalam menghadapi dugaan itu kerana dlm hidup ini ALLAH pasti akan menguji hamba2NYA dng dugaan utk melihat sekuat mana dan setinggi mana tahap kesabaran hambaNYA yang diuji itu…pernah orang bertanya pada diri ini sampai bila diri ini mahu menunggu sesuatu yang tidak pasti jawapannya…aku sendiri tidak pasti sampai bila aku harus menunggu,namun aku tetap yakin pada janji ALLAH…selagi ALLAH tetapkan hati ini utknya,aku akan terus menanti dan biarlah cintaku ini kerana Yang MAHA ESA….

walau apa jua masalah yang melanda,apa jua dugaan dan rintangan tiba,kembalilah pada ALLAH kerana setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya dan pasti ada jalan penyelesaiannya..yang paling penting percaya dan yakin pada ketentuan ALLAH…

dulu aku pernah menangis kerana purus cinta dan kecewa..pernah menangis kerana gagal…namun kini baru ku tahu menangis kerana manusia itu hanya sia2…menangislah dan mengharaplah pada ALLAH kerana disitu ada ketenagan yang tidak ternilai harganya…menitisla airmata ini utk ALLAH kerana ianya sgt berharga dan bernilai dan bukan pada manusia kerana ianya hanya sia2 dan membuat kita kecewa…

bukan utk menasihat org lain tetapi utk mengingati diri sendiri yang selau leka dan lalai dalam mengejar urusan dunia…dan menyedarkan diri agar sentiasa kembali pada CINTA yang agung dan hakiki…Moga diberi ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran dalam mengharungi hidup yang penuh liku…

inilah hadis yang sgt bernilai pada diri ini dan membuat diri ini berfikir…"telah berkata jibrail:Wahai Tuhan,Engkau sampaikanlah hajat hambaMU itu,maka ALLAH menjawab: Biarkan hambaKU itu,kerana AKU mencintai rintih suaranya….anas bin Malik…"